Oh! Artis
Erma Fatima beri teguran supaya netizen hentikan spekulasi tentang isu Anna Jobling dan ibunya.
Konflik di antara pelakon terkenal Anna Jobling dan ibunya mula menjadi perhatian selepas ibunya sendiri membuat pendedahan di media sosial.
BACA: “Dia Buang Mak Dia” – Ibu Menangis Anna Jobling Layan Macam Anjing Kurap
Perkara ini turut mendapat perhatian pelakon dan pengarah, Erma Fatima yang menegur tindakan sesetengah pihak yang suka mengulas hal peribadi orang lain secara terbuka.
Hanya mereka yang tahu kebenaran
Menurut Erma, perbalahan antara ibu dan anak bukanlah perkara luar biasa. Namun, jika ia berlaku secara terbuka, pasti akan mengundang pelbagai andaian yang belum tentu benar.
Erma menambah, tidak semua masalah berpunca daripada anak. Ada juga situasi di mana ibu bapa lebih banyak memberi tekanan atau tidak dapat menyesuaikan diri dengan budaya dan perubahan hidup anak mereka.
Beliau turut menasihatkan netizen supaya tidak menambah garam atau gula dalam isu ini dengan menyebarkan cerita yang tidak sahih.
Pssttt! Memang benar kata Erma Fatima, hanya Anna dan ibunya yang tahu apa yang sebenarnya berlaku. Jadi, lebih baik kita elak membuat andaian atau menambah spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan.
Kredit: Instagram Erma Fatima
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.