Baru-baru ini tular sebuah salon rambut yang baru dibuka di Puchong selepas mereka berkongsi beberapa kepingan gambar model seksi mencuci rambut pelanggan lelaki.
Pun begitu, pihak pengurusan AJ Hair Studio memaklumkan gambar-gambar dimuat naik tersebut hanyalah untuk tujuan mempromosikan salon pada 2 Jun yang lalu.
Jelas mereka, premis tersebut tidak menawarkan perkhidmatan ‘istimewa’.

Ekoran penularan gambar yang tidak senonoh itu, pihak polis terus menyerbu premis tersebut bagi menjalankan siasatan, semalam.
Tidak tahan premis dituduh menawarkan servis urutan ‘batin’ oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab, mereka terus membuat laporan polis pada hari yang sama.
Jelas mereka, premis tersebut bukanlah untuk mempromosikan kedai urut dan meminta orang ramai menghentikan fitnah.
Difahamkan, pada malam ini jam 9 malam mereka akan membuat siaran langsung bagi memberikan penjelasan mengenai insiden yang berlaku.
Sumber: Facebook 十强, AJ Hair Studio Puchong




