“Hanya Tahu Sedap Mulut Dan Tangan Nak Menulis” – Fazura ‘Sekolahkan’ Netizen Isu Puteri Balqis | Oh! Media

“Hanya Tahu Sedap Mulut Dan Tangan Nak Menulis” – Fazura ‘Sekolahkan’ Netizen Isu Puteri Balqis | Oh! Media

Pelakon Puteri Balqis tampil mempertahankan ibunya dan menyelar komen biadap seorang netizen yang menuduh mata ibunya merah disebabkan pengambilan dadah.

Komen tersebut membuatkan mereka sekeluarga tidak dapat tidur kerana bimbang ibunya yang mempunyai major depressive disorder membun*uh diri.

Bertahun-tahun ibu Puteri Balqis jadi mangsa fitnah

Jelas Balqis lagi, ibunya sudah bertahun-tahun menjadi mangsa fitnah orang ramai dan ini bukanlah yang pertama kali.

Terbaru, pelakon terkenal, Nur Fazura memberikan kata-kata semangat buat Puteri Balqis dan ibunya supaya kekal kuat.

Doa beri kata-kata semangat

puteri balqis

Fazura berang dengan sikap segelintir netizen yang sesuka hati menulis ikut sedap mulut dan tangan tanpa memikirkan perasaan orang lain.

Guna la otak, hati dan ilmu. Jangan sedap menghukum saja tanpa kebenaran sebenar. Stay strong adikku Balqis.

Aktres ini turut menganggap orang yang tidak melihat keadaan sekeliling apabila berkata-kata adalah seroang yang rugi.

Semoga yang bersalah sempat minta maaf atas perbuatan fitnah ini dengan ibu Balqis dan anak-anaknya.

Fazura meminta netizen terbabit membayangkan jika situasi yang dihadapi Balqis terjadi kepada diri mereka sendiri.

#OhmediaNasihat

Fitnah bukan perkara ringan. Kesan dari kata-kata yang tidak berasas ini boleh mendatangkan impak besar, terutama kepada mereka yang sedang berjuang dengan kesihatan mental. Sebelum kita mengeluarkan kata-kata atau membuat tuduhan, fikirkan bagaimana perasaan kita jika berada di tempat mereka.


Scroll to Top