“Haram Isteri Pergi Walaupun Suami Izin Jika…” – Isu Misi Sumud, Dr Mohd Izhar Jelaskan 3 Hukum

“Haram Isteri Pergi Walaupun Suami Izin Jika…” – Isu Misi Sumud, Dr Mohd Izhar Jelaskan 3 Hukum

Trending

Dr Mohd Izhar jelaskan tiga hukum termasuk haram walaupun suami izin jika syariat tidak terjaga.


Isu penglibatan isteri dalam misi Global Sumud Flotilla kini semakin hangat diperdebatkan di media sosial.

Ada yang menyokong atas dasar kemanusiaan, namun tidak kurang juga yang mempersoalkan dari sudut hukum dan tanggungjawab rumah tangga.

BACA: “Korang Nak Simpan Bini Dalam Rumah Layan Netflix, Silakan…” – PU Rahmat Ikhsan Pertahan Nadzmi Adhwa Benarkan Ardell Berjuang

Terbaru, Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Mohd Izhar Ariff tampil memberikan pandangan yang jelas mengenai isu ini.

Tiga hukum utama yang perlu difahami

Dr Mohd Izhar

Menurut beliau, apa yang dikhuatiri dan dibangkitkan dalam penulisan beliau sebelum ini nampaknya menjadi kenyataan.

Beliau menegaskan dari awal bahawa misi kemanusiaan ini perlu ada garis panduan yang jelas daripada Jabatan Mufti supaya masyarakat tidak bertelagah.

Perkara ini pun dah berlaku, kerajaan pun dah dilibatkan oleh NGO-NGO ini. Maka saya utarakan pandangan hukum suami atau isteri terlibat misi GAZA sebagai SOLUSI untuk kita semua.

Menurut beliau, terdapat beberapa situasi yang menentukan hukum sama ada isteri boleh atau tidak menyertai misi berisiko seperti ini.

1- Haram isteri terlibat misi berisiko ini jika suami tidak izin dan urusan rumahtangga terabai. Jihad menjaga rumahtangga lebih besar daripada melibatkan diri dalam misi yang tidak diredai suami atau ibu bapa. Jika suami dan Ibu bapa mengizinkan pemergian isteri, maka hukumnya harus selagi syariat terjaga.

Tambahnya lagi, keizinan sahaja tidak mencukupi jika aspek keselamatan syariat tidak dapat dipastikan.

2- Haram isteri pergi walaupun suami izin jika tidak dapat dipastikan keselamatan syariat, batas pergaulan, ikhtilat di atas kapal dan lain-lain oleh pihak NGO. Jika semua keperluan syariat dan keperluan wanita dapat dipenuhi oleh pihak NGO, maka hukumnya harus.

Dalam masa sama, beliau turut menegaskan bahawa golongan suami juga tidak boleh sewenang-wenangnya menyertai misi jika tanggungjawab terhadap keluarga diabaikan.

3- Haram suami terlibat dengan misi jika tanggungjawab dan nafkah keluarga diabaikan sebelum dan selepas dia terlibat. Ini kerana menjaga nafkah keluarga adalah jihad yang lebih besar berbanding terlibat dengan misi. Sekiranya nafkah dan keperluan keluarga telah ditinggalkan seperti harta, duit belajar anak dan lain-lain ketika suami meninggalkan negara atau meninggal dunia akibat musibah ketika misi maka hukumnya adalah harus.

Jelas di sini, keutamaan terhadap keluarga masih menjadi asas utama sebelum membuat keputusan besar seperti menyertai misi kemanusiaan.

Nasihat buat semua, jangan sampai rumah tangga terjejas

Sumud

Selain itu, Dr Izhar turut berkongsi nasihat kepada masyarakat agar tidak memaksa diri sehingga memberi kesan kepada hubungan kekeluargaan.

1- Bagi yang telah mendapat keizinan dan telah memenuhi segala keperluan keluarga pergilah mewakili negara bagi menyampaikan amanah rakyat Malaysia kepada GAZA.

2- Bagi yang tidak dapat keizinan suami atau isteri atau ibu bapa, maka tidak perlu paksa diri hingga kita bercerai berai. Berlapang dada supaya rumah tangga terpelihara. Nabi sendiri tidak benarkan sahabatnya terlibat dengan jihad jika ibu bapa menghalangnya.

3- Bagi yang berpendirian jihad menjaga keluarga dan ekonomi Malaysia lebih penting, maka jangan halang mereka yang terlibat. Sama-sama kita iringi mereka dengan doa.

4- Bagi mereka yang terlibat dengan misi, jaga syariat, jaga niat dan jaga adab berbicara.

Pssttt! Isu ini jelas menunjukkan bahawa niat baik sahaja tidak mencukupi jika tidak disertakan dengan pertimbangan tanggungjawab dan syariat. Dalam apa jua keputusan, keseimbangan antara membantu orang lain dan menjaga keluarga perlu diutamakan supaya tidak menimbulkan mudarat di kemudian hari.

Kredit: Facebook Dr Mohd Izhar Ariff
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top