Pendakwah selebriti terkenal, Ustaz Azhar Idrus memaklumkan jatuh haram sekiranya seorang isteri memfailkan perceraian tanpa si suami melakukan sebarang kesalahan.
Menerusi video tular di platform TikTok, Ustaz Azhar Idrus tampil mengulas isu wanita mahu berpisah dengan suami yang berlandaskan hadis Nabi Muhammad SAW.
“Nabi kata ‘mana-mana isteri yang suka meminta cerai daripada suaminya dengan tiada apa-apa kesalahan atau kejahatan, maka syurga haram ke atas perempuan seperti itu’,” katanya.
Dek kerana itu Ustaz Azhar sempat menasihati para wanita untuk bersabar apabila rumah tangganya diuji sebelum berlaku perkara yang tidak diingini.
“Jadi, orang perempuan kena bersabar. Minta cerai, belum cerai lagi…tertutup pintu syurga, haram masuk syurga. Ramai isteri yang minta cerai sebenarnya akhlak mereka tidak baik,” katanya lagi.
Bagaimanapun, Ustaz Azhar menyenaraikan lima perkara yang membolehkan seorang isteri untuk meminta cerai.
“Melainkan lima perkara boleh minta cerai iaitu suami tak beri nafkah, suami larang buat perkara wajib seperti larang untuk sembahyang dan menutup aurat.
“Seterusya, suami suruh buat perkara haram seperti liwat, berjudi, minum arak dan sebagainya.
“Kemudian suami dera dan yang terakhir, suami masuk penjara. Kebanyakan negeri di Malaysia minima tiga tahun penjara,” tuturnya lagi.
@insan_marhaen Mintak cerai tanpa sebab #ustazazharidrus #insanmarhaen #fyp #rumahtangga




