mhafis@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub berharap keadilan akan memihak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ia selepas Najib diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam, atas 25 tuduhan penyelewengan berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Jelas bahawasanya ada yang mengambil kesempatan di atas kebaikan, kejujuran beliau (Najib). Kejujuran ini bukan semesti berakhir dengan baik tetapi kalau yang melaksanakan di bawah ini mengambil kesempatan, inilah natijahnya dan kita amat bersimpati apa yang dilaluinya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Felcra Visionary Award 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, malam tadi.
© New Straits Times Press (M) Bhd