LONDON – Brighton yang sebelum ini meletakkan harga Moises Caicedo sebanyak £80 juta kini meningkat harga itu kepada £100 juta.
Ini kerana selepas kelab itu meletakkan harga pemain baharu, Declan Rice yang bernilai £105 juta sebagai penanda aras kepada pemain tengah itu.
Caicedo menjadi sasaran Chelsea selepas pengendalinya, Pochettino mengenal pasti bahawa dia antara nama yang boleh memperkuatkan bahagian tengah pasukan itu.
Selain itu Arsenal turut masih berminat dengan Caicedo.
Namun sejak beberapa minggu lalu, Chelsea sudah memulakan beberapa siri perbincangan dengan Brighton.
Musim lalu, Chelsea membeli Enzo Fernandez dengan nilai keseluruhan £106 juta yang merupakan rekod perpindahan di England.
Pada Januari lalu, Arsenal melakukan dua bidaan untuk Caicedo sekitar £70 juta ditolak oleh Brighton sebelum diq kemudian melanjutkan kontrak baharunya di Brighton.
De Zerbi sebelum sudah mengumumkan bahawa kelab itu sudah kehilangan Alexis Mac Allister dan Caicedo menyertai Liverpool. – Agensi




