Oh! Tidak
Harga hotel Dubai dan Abu Dhabi jatuh hingga 75% April ini susulan ketegangan serantau. Ini peluang travel murah?
Kalau korang tengah plan nak pergi Timur Tengah, mungkin ini masa paling “rare” untuk dapat harga hotel murah. Tapi berani ke? Terbaru, harga hotel di Dubai dan Abu Dhabi dilaporkan jatuh mendadak sehingga 75 peratus untuk bulan April.
Penurunan harga ini dikaitkan dengan peningkatan ketegangan di rantau tersebut, sekali gus memberi kesan kepada sektor pelancongan. Walaupun situasi agak tegang, ramai melihat ini sebagai peluang untuk bercuti dengan kos lebih rendah.
Harga hotel turun mendadak sebab perang

Menurut laporan RIA Novosti, harga hotel empat bintang kini sekitar AS$50 hingga AS$60 satu malam sahaja. Kalau tukar ke Ringgit Malaysia, sekitar RM196 hingga RM236, memang jauh lebih murah berbanding harga biasa.
Malah, hotel lima bintang juga tak terkecuali apabila harga turun lebih 66 peratus. Kini, bilik mewah boleh didapati sekitar AS$100 hingga AS$150 satu malam, yang sebelum ini jauh lebih mahal.

Di Abu Dhabi, penurunan harga sangat jelas dengan hotel seperti Mercure menawarkan bilik serendah AS$54. Sebelum ini, harga boleh mencecah sehingga AS$200 hingga AS$250 pada awal tahun.
Hotel lain seperti TRYP by Wyndham, Ramada Downtown dan La Quinta by Wyndham juga mencatatkan harga sekitar AS$54 hingga AS$61 sahaja. Untuk hotel lima bintang pula, jenama seperti Rixos Marina, Ritz-Carlton dan Shangri-La turut menurunkan harga secara drastik sepanjang April.
Dubai turut ikut trend sama

Situasi di Dubai pun lebih kurang sama apabila hotel empat bintang kini berada pada harga purata AS$50 hingga AS$60. Antara hotel yang terlibat termasuk Stella Di Mare, Time Oak dan Hyatt Place.
Bagi hotel lima bintang pula, harga bilik seperti di Dusit Thani bermula AS$95, manakala Hilton Jumeirah sekitar AS$155. Ini menunjukkan penurunan yang ketara berbanding harga biasa sebelum ini.

Penurunan harga ini jelas berlaku susulan konflik yang semakin memuncak di Asia Barat. Pada 28 Februari lalu, Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan ke atas Iran sebelum dibalas semula oleh Iran terhadap sasaran di rantau tersebut.
Walaupun keadaan ini memberi kesan kepada pelancongan, suhu di UAE pada April masih dalam lingkungan 25 hingga 30 darjah Celsius, sesuai untuk aktiviti luar dan berjalan-jalan.
Pssttt! Kalau korang nampak harga murah macam ni, memang rasa rugi kalau tak grab peluang. Tapi dalam masa sama, jangan lupa utamakan keselamatan dan sentiasa update situasi semasa sebelum travel. Bercuti tu penting, tapi keselamatan lagi utama!
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




