09 Mac 2026 12:57pm
Masa membaca: 4 minit

Harga minyak mentah melonjak melepasi AS$105 setong dan sempat mencecah paras tertinggi AS$108 pada Ahad
ISTANBUL – Harga minyak mentah melonjak melepasi AS$105 (RM416) setong dan sempat mencecah paras tertinggi AS$108 (RM428) pada Ahad selepas Mojtaba Khamenei dinamakan sebagai Pemimpin Agung Iran yang baharu, lapor Anadolu Ajansi.
Pelantikan itu menyusuli kematian bapa beliau dalam satu serangan udara Amerika Syarikat (AS)-Israel baru-baru ini.
Data daripada Trading Economics menunjukkan penanda aras minyak mentah meningkat mendadak berikutan reaksi pasaran terhadap perkembangan di Iran di tengah-tengah ketegangan Asia Barat yang semakin memuncak.
Pasaran turut bimbang terhadap ketidakpastian yang menyelubungi Selat Hormuz, yang merupakan laluan transit minyak global yang kritikal.
Terdahulu pada Ahad, pihak berkuasa Iran mengesahkan bahawa Mojtaba Khamenei telah dipilih sebagai Pemimpin Agung negara itu yang baharu. – Bernama



