Harga minyak turun sedikit

Harga minyak turun sedikit

NEW YORK – Harga minyak jatuh pada awal dagangan Asia pada hari Isnin selepas Israel melakukan beberapa siri serangan di selatan Gaza.

Niaga hadapan minyak mentah Brent turun AS$0.43 atau 0.5 peratus kepada AS$81.76 setong, manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate AS susut AS$0.46 sen, atau 0.6 peratus lebih rendah kepada AS$76.38 setong pada 0135 GMT.

Risiko geo-politik termasuk meluasnya konflik Israel-Palestin yang dikhuatiri di seluruh rantau ini dan gangguan bekalan minyak yang berpotensi di Timur Tengah mendorong harga naik kira-kira 6.0 peratus minggu lalu.

Pada hari Isnin, tentera Israel berkata, ia telah melakukan serangan di selatan Gaza yang kini telah berakhir, beberapa hari selepas Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menolak cadangan gencatan senjata oleh Hamas.

Walaupun kebimbangan bekalan di Timur Tengah kekal meningkat secara relatif, berita dari Amerika Syarikat (AS) ini meredakan kebimbangan.

Firma tenaga AS meningkatkan pelantar minyak dan gas asli ke tahap tertinggi sejak pertengahan Disember, menandakan peningkatan dalam pengeluaran.

Pengeluaran domestik kembali minggu lalu kepada rekod 13.3 juta tong sehari (bpd).

Kebimbangan permintaan kekal kerana kadar faedah yang lebih tinggi memperlahankan pertumbuhan ekonomi, yang menyekat permintaan minyak.

Waktu dagangan di Asia dijangka tipis kerana kebanyakan wilayah termasuk China, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Singapura, Taiwan, Vietnam dan Malaysia ditutup untuk cuti.

Pasaran kewangan Tanah Besar China ditutup untuk cuti Tahun Baharu Cina dan akan menyambung semula dagangan pada hari Isnin, 19 Februari.

Manakala dagangan Hong Kong dibuka semula pada 14 Februari ini. – Agensi