Harga Proton Saga Baharu Tak Masuk Akal, Terima 20,000 Tempahan Dalam 17 Hari

Harga Proton Saga Baharu Tak Masuk Akal, Terima 20,000 Tempahan Dalam 17 Hari

Oh! Gear

Proton Saga Serba Baharu kini sudah cecah 20,000 tempahan tidak sampai tiga minggu.


Bila PROTON umumkan pelancaran Proton Saga Serba Baharu, memang ramai dah jangka model ni akan jadi rebutan. Baru buka tempahan pada 10 November lepas, tup tup dalam 17 hari je terus cecah 20,000 tempahan. Nampak sangat rakyat Malaysia memang tunggu versi baharu yang lebih moden dan jimat minyak ni.

Harga menarik dengan rebat pelancaran

Model ini hadir dengan tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium. Harga asal masing-masing RM38,990, RM44,990 dan RM49,990.

Tapi untuk korang yang nak berjimat, PROTON bagi rebat pelancaran sehingga 31 Disember 2025, sekali gus turunkan harga kepada RM37,990 bagi Standard, RM43,990 untuk Executive dan RM48,990 untuk Premium. Dengan harga macam ni, semakin ramailah yang akan buat tempahan.

Reka bentuk lebih segar dan moden

Saga Serba Baharu kali ini menampilkan sentuhan yang jauh lebih kemas. Dari luar, ia dilengkapkan lampu LED, rim aloi 15-inci, bampar agresif dan gril baharu bermotifkan sulaman songket.

Bahagian dalaman pula lebih moden dengan paparan digital serta skrin infotainmen lebih besar untuk pengalaman pemanduan yang lebih premium walaupun dalam segmen permulaan. Lima warna ditawarkan iaitu ruby red, snow white, marine blue, space grey dan armour silver.

Enjin baharu lebih lancar dan jimat minyak

Dijana enjin i GT 1.5 liter dengan padanan transmisi CVT, Proton Saga Serba Baharu menawarkan pemanduan lebih lancar dan efisien.

Penggunaan bahan api serendah 4.9L untuk setiap 100km menjadikan model ini antara sedan paling menjimatkan dalam kelasnya. Sistem stereng elektrik baharu juga meningkatkan kawalan tanpa mengorbankan keselesaan.

Untuk ciri keselamatan, model ini didatangkan dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju ADAS Tahap 1 termasuk AEB dan FCW.

Lebih menarik, enam beg udara diberikan sebagai standard untuk semua varian, menjadikan keselamatan penumpang sebagai keutamaan.

Pssttt! Ohmedia harap korang yang tengah berkira-kira nak beli kereta baharu boleh ambil peluang rebat ni sebelum tamat. Walaupun harga mampu milik, jangan lupa pertimbangkan bajet jangka panjang macam servis, minyak dan komitmen bulanan supaya tak terbeban nanti.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top