Trending
Harga minyak RON97 naik ke RM3.25, RON95 dan diesel turut meningkat bagi tempoh 5–11 Mac 2026.
Seiring perkembangan pasaran minyak dunia, kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak bagi tempoh 5 Mac hingga 11 Mac 2026.
Menurut laporan Kosmo, Kementerian Kewangan telah menetapkam harga runcit seperti berikut:
- RON97 naik 10 sen kepada RM3.25 seliter
- RON95 tanpa subsidi naik 8 sen kepada RM2.67 seliter
- RON95 bersubsidi (BUDI95) kekal pada RM1.99 seliter
- Diesel di Semenanjung naik 8 sen kepada RM3.12 seliter
- Diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter
Kerajaan guna formula APM, utamakan kestabilan harga

Penetapan ini dibuat menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) yang dilaksanakan secara mingguan.
Kerajaan akan terus meneliti dan melaras harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel berdasarkan perkembangan pasaran minyak dunia semasa, namun keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga.
Harga minyak naik sebab konflik perang?

Bagaimanapun, dalam kenyataan tersebut tidak dinyatakan sama ada kenaikan ini berkait secara langsung dengan konflik perang di Asia Barat.
Pssttt! Rancang perbelanjaan dengan bijak ketika harga minyak meningkat. Amalkan pemanduan berhemah dan kurangkan perjalanan tidak perlu demi jimat kos.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




