Harga RON97, diesel di Semenanjung naik tiga sen

Harga RON97, diesel di Semenanjung naik tiga sen

essabuyamin@bh.com.my

Kuala Lumpur: Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing naik tiga sen seliter bagi tempoh 28 Ogos hingga 3 September depan.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan harga baharu RON97 ditetapkan pada RM3.16 seliter berbanding RM3.13 seliter minggu lalu, dan diesel RM2.88 seliter.

Sementara harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga tidak berubah iaitu RM2.15 seliter.

“Pelarasan harga dibuat berdasarkan formula Kaedah Harga Automatik (APM) yang mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dunia.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit petrol RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak serta menyokong kestabilan harga,” katanya.

Ā© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top