Harga sayur naik sehingga 50 peratus jika harga diesel terus mencanak

Harga sayur naik sehingga 50 peratus jika harga diesel terus mencanak

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Harga sayur dijangka meningkat sehingga 50 peratus jika harga minyak terutamanya diesel gagal ditangani berikutan konflik di Asia Barat.

Pemborong dan peniaga sayur, Mamat Embong, 73, berkata kenaikan harga barangan asas itu dijangka meningkat secara berperingkat antara 30 peratus dan 50 peratus bulan depan.

Bagaimanapun katanya, setakat ini harga sayur masih stabil dan tiada kenaikan mendadak sepanjang Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Pemborong dan peniaga tidak akan menaikkan harga barangan asas itu sesuka hati, melainkan pembekal utama daripada negara jiran dan Cameron Highlands naikkan harga,” katanya ketika ditemui di Pasar Cabang Tiga di sini, hari ini.

Tinjauan di pasar itu mendapati sawi dijual pada harga RM10 sekilogram, timun antara RM2 dan RM3 sekilogram, kubis (RM4), tomato (RM7 sekilogram) kangkung RM6 sekilogram, kacang panjang RM10 sekilogram, cili kecil RM14 sekilogram dan daun sup RM8 sekilogram.

Mamat yang juga bekas penjaga gol pasukan bola sepak Terengganu pada era 90-an berkata, kenaikan harga minyak susulan konflik di Asia Barat bukan sahaja akan memberi kesan kenaikan harga sayur, malah turut meningkat adalah barangan keperluan asas lain.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top