Seharian letih menguruskan pelbagai perkara, jauh di sudut hati seorang wanita pasti mahukan penghargaan daripada si suami. Tolong bantu kemas rumah pun dah lega, lagilah sekiranya dapat membeli-belah!
Terdetik di hati bagi menggembirakan isteri tercinta, seorang lelaki mempunyai cara tersendiri untuk isterinya melepaskan ‘tekanan’ sekali gus terasa dihargai.
Menerusi platform TikTok, @bobybobxx memuat naik sebuah video memaparkan dirinya memberi ‘izin’ kepada isteri untuk membeli-belah di aplikasi Shopee dengan menggunakan akaun miliknya.
@bobybobxx treat you girl like queen.. she everything #fyp #foryoupage #fypシ #foryou #couple #marry
Teruja dapat memiliki pelbagai barangan yang ‘bermain’ di fikiran, isterinya seolah-olah tidak percaya dan terus mengucapkan terima kasih kepada @bobybobxx kerana memberi layanan seperti itu.
“Nah baby bagi sayang, akaun Shopee baby. Belanjalah, lebih RM100 pun takpe. Sebab sayang banyak sangat tolong baby,” kata @bobybobxx sambil menghulurkan telefon bimbitnya.
Video itu meraih lebih 100,000 tontonan serta ratusan komen netizen dimana rata-rata berhasrat mencari bakal suami pemurah seperti lelaki tersebut yang tidak lokek dalam memenuhi permintaan isteri.
Namun, terdapat juga wanita yang tidak sampai hati untuk ‘menghabiskan’ duit suami kerana memikirkan tanggungjawab lain selain perlu berjimat-cermat.
Alhamdulillah! Dalam hubungan suami isteri, tak perlu berkira sangat. Saling membantu & memberi, baru la rezeki melimpah ruah.
Sumber: TikTok @bobybobxx