“Hari Ini Hari Yang Besar Untuknya, Akhirnya Keadilan Ditegakkan” – Bella Astillah Luah Rasa Syukur, Kongsi Foto Bersama Syed Saddiq

“Hari Ini Hari Yang Besar Untuknya, Akhirnya Keadilan Ditegakkan” – Bella Astillah Luah Rasa Syukur, Kongsi Foto Bersama Syed Saddiq

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa syukur di atas keputusan Mahkamah terhadap pertuduhan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang berlangsung di Mahkamah Rayuan pada Rabu.

Menerusi hantaran di Instagram, Bella kelihatan memuat naik foto bersama Syed Saddiq beserta ucapan tahniah dan sokongan kepada rakannya itu.

“Alhamdulillah, tahniah buat Syed Saddiq.

“Harini adalah hari yang besar untuknya. Keadilan ditegakkan,” katanya.

Terdahulu, Bella hadir di Mahkamah Rayuan bagi memberikan sokongan terhadap Syed Saddiq diatas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Bagaimanapun, Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim sebulat suara memutuskan bekas menteri itu tidak bersalah sekaligus menerima rayuannya terhadap sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023.

Scroll to Top