Baitulmaqdis: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata hari ini adalah “hari yang sangat sukar” selepas tujuh askar terbunuh dalam pertempuran di Gaza, di mana perang negara itu menentang Hamas memasuki bulan ke-21.
“Ia adalah hari yang sangat sukar bagi rakyat Israel,” tulis Netanyahu di X. “Pejuang heroik kami gugur dalam pertempuran untuk mengalahkan Hamas dan membebaskan tebusan kami di selatan Semenanjung Gaza.”
Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau percaya bahawa “kemajuan besar” sedang dibuat untuk menamatkan konflik antara Israel dan Hamas di Gaza.
“Saya rasa kemajuan besar sedang dibuat ke atas Gaza, saya fikir kerana serangan yang kami buat ini,” kata Trump, mencadangkan serangan AS ke atas Iran boleh memberi kesan positif kepada Timur Tengah.
Β© New Straits Times Press (M) Bhd