Seremban: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan menangkap seekor harimau kumbang jantan seberat 50 kilogram selepas haiwan liar itu memasuki perangkap yang dipasang di Kampung Sungai Lapok, Seri Menanti, Kuala Pilah, awal pagi tadi.
Pengarahnya Faizal Izham Pikri berkata kira-kira 9 malam semalam, pihaknya menerima laporan mengenai harimau kumbang memasuki perangkap yang dipasang sejak lebih dua minggu lepas.
“Hasil pemantauan ke lokasi mendapati harimau kumbang dewasa jantan itu berada dalam keadaan sihat dan tiada kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata haiwan itu kemudian dilepaskan semula ke habitat asal di hutan simpan yang jauh daripada penempatan manusia.
© New Straits Times Press (M) Bhd




