
Pemain Malaysia Dion Cools diasak pemain Jordan Ali Olwan pada perlawanan di antara Malaysia menentang Jordan bagi peringkat Kumpulan E sempena Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub. Foto Bernama
SKUAD Harimau Malaya enggan mengibar bendera putih terlalu awal dalam saingan Piala Asia selepas dibelasah 0-4 oleh Jordan dalam aksi Kumpulan E di Stadium Al Janoub, Doha pada awal pagi Selasa.
Pengendali skuad negara, Kim Pan-gon berkata, peluang untuk para pemainnya masih ada dan yakin mampu untuk melakukan sesuatu dalam dua lagi aksi menentang Bahrain dan Korea Selatan.
Menurutnya, Harimau Malaya belajar banyak perkara dalam perlawanan menentang Jordan tersebut dan akan memperbaiki persembahan menjelang perlawanan akan datang.
“Tiada siapa tahu. Kami masih ada dua perlawanan. Sudah tentu Bahrain dan Korea Selatan berada pada tahap berbeza.



