Pan-gon (kanan) pada sidang akhbar pra perlawanan pada Isnin. – Foto FB FAM
HARIMAU Malaya tidak memandang rendah kemampuan pasukan di ranking ke-152 dunia, Taiwan dalam aksi kedua Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Perbandaran Taipei pada Selasa.
Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon berkata, Taiwan sudah mengalami banyak peningkatan sejak pasukan itu dibimbing oleh Gary White selain rekod kebal The Blue Wings di laman sendiri ketika melayan kunjungan Malaysia.
Bagaimanapun, Pan-gon menjelaskan para pemainnya lebih bermotivasi dan ‘laparkan’ kemenangan untuk mengukuhkan sasaran mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.
“Selepas mendapat keputusan baik (menentang Kyrgyzstan) di laman sendiri, untuk kami perlawanan menentang Taiwan adalah perlawanan penting.