
Status dimuat naik JOHOR Southern Tigers di laman sosial kelab itu pada Khamis.
JUARA Liga Super 10 musim berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan tidak akan menggunakan khidmat pengendali Harimau Selatan, Esteban Solari bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2024/2025.
Menerusi kenyataan rasmi dikeluarkan Johor Southern Tigers pada Khamis, selain bekas penolong pengendali skuad Bawah 23 tahun Argentina, barisan kejurulatihan yang tidak akan bersama adalah Rodrigo Barrios, Antonio Mateos, Antonio Gavilan dan Dr Leandro Pinero.
“Skuad Harimau Selatan sedang melakukan transformasi yang memperlihatkan kelab mengurangkan perbelanjaan 30 hingga 40 peratus disebabkan keperluan penstrukturan semula kewangan.
“Penstrukturan dibuat bagi memastikan kelangsungan jangka panjang kelab. Kelab telah membelanjakan sejumlah wang untuk projek bola sepak sepanjang enam hingga tujuh tahun ini,” kata kenyataan itu.



