”Haroqs Balik Dulu, Biar Abang Sambung Perjuangan” – Dr Kloski Bawa Coklat Untuk Adik-Adik Di Sana | Trending – Oh! Media

”Haroqs Balik Dulu, Biar Abang Sambung Perjuangan” – Dr Kloski Bawa Coklat Untuk Adik-Adik Di Sana | Trending – Oh! Media

Trending

Dr. Kloski teruskan misi ke Gaza bersama pasukan medik Russia bawa 313 kotak coklat, walau rakan Haroqs dipintas tentera Israel.


Luahan penuh semangat daripada sukarelawan Malaysia, Dr. Kloski Kuzaibek telah menyentuh hati ramai.

Menurut laporan Kosmo, beliau menitipkan pesanan buat rakan seperjuangannya, Muhammad Hareez Adzrami (Haroqs) yang baru-baru ini tidak dapat menyalurkan bantuan ke Gaza selepas bot misi Global Sumud Flotilla (GSF) dipintas tentera Israel di Laut Mediterranean.

Adik Haroqs balik tanah air dulu, biar abang yang lanjutkan perjuangan adik. Jangan sedih, jangan risau! Coklat yang abang bawa pasti akan sampai ke tangan adik-adik kita di Palestin.

“Adik Haroqs balik dulu, abang sambung perjuangan” – Dr Kloski

Sukarelawan Termuda Gsf

Menerusi perkongsian di TikTok, Dr. Kloski memaklumkan bahawa beliau kini menyertai misi kemanusiaan bersama pasukan perubatan Russia, membawa pelbagai bekalan bantuan termasuk makanan dan keperluan bayi.

Abang Kloski yang berlepas dengan team medik Russia ada bekal 313 kotak coklat, 313 kotak susu formula, dan 313 kotak Nestum.

Abang yakin akan selamat sampai jejak kaki abang ni ke Gaza.

Menurut beliau, misi kali ini berada di bawah perlindungan ketenteraan Russia, menjadikan perjalanan mereka lebih terjamin untuk menembusi sempadan Gaza.

Rasa macam nak balik kampung

Dr Kloski

Dalam nada penuh tenang dan berani, Dr. Kloski mengakui dirinya langsung tidak gentar, malah terasa semangat seperti ingin pulang ke tanah air.

Demi Allah, abang sikit pun tak ada rasa takut atau gentar. Rasa macam nak balik kampung sambut raya jumpa saudara seagama di Palestin.

Beliau menegaskan bahawa perlindungan Allah dan malaikat serta pasukan pertahanan Russia menjadi kekuatan utamanya untuk meneruskan perjuangan ini.

Abang ada pelindungan dari Allah, pelindungan malaikat, beserta barisan pertahanan terbaik Russia menemani pasukan abang. Insya-Allah, next mission ke Gaza kita jumpa ya dik.

Pssttt! Perjuangan kemanusiaan bukan hanya tentang sampai ke destinasi, tapi tentang niat dan keberanian untuk membantu walau dihalang sejuta cabaran. Semoga usaha mereka menjadi inspirasi buat kita semua.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top