Haroqs Dikritik Jual E-Book Misi Gaza, Musa Nuwayri Tampil Pertahan – “Dia Korban Puluhan Ribu Duit Sendiri Ke Sana”

Haroqs Dikritik Jual E-Book Misi Gaza, Musa Nuwayri Tampil Pertahan – “Dia Korban Puluhan Ribu Duit Sendiri Ke Sana”

Aktivis kemanusiaan, Haroqs menerima kritikan apabila seorang individu secara terbuka menegurnya mengambil kesempatan mengumpul ‘dana’ gara-gara menjual e-book mengisahkan perjalanannya menuju Gaza ketika menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang terjual lebih 2,000 naskah.

Menerusi perkongsian di Threads, individu tersebut bukan sahaja mempertikaikan tindakannya itu, malah turut membandingkan perjuangannya bersama Dr. Fauziah, yang sering menyertai misi kemanusiaan ke Gaza.

Namun begitu, aktivis kemanusiaan, Musa Nuwayri tampil mempertahankan Haroqs atau nama lengkapnya, Muhammad Hareez Adzrami, mengatakan dia mengorbankan wang sendiri mencecah puluhan ribu untuk ke Gaza.

Musa juga memaklumkan jejaka berusia 25 tahun itu mahu membeli sebuah kapal bagi meneruskan misi kemanusiaan sekiranya mendapat pulangan yang berbaloi daripada hasil jualan terssebut.

“Jangan macam ni. Tak boleh samakan dengan Dr. Fauziah yang sememangnya sudah ada pendapatan sendiri.

“Haroqs keluarkan puluhan ribu duit sendiri untuk menjayakan misi kemanusiaan ini. Akaun dia betul-betul kering jadi dia ambil inisiatif tulis e-book.

“Dan Haroqs ada sebut dalam sesi siaran langsung dia. Kalau dapat banyak, dia nak bagi juga untuk pembelian kapal bagi misi seterusnya,” katanya.

Artikel Berkaitan: “Mereka Rampas Coklat, Allah Hantar Ikan”- Haroqs Sebak Doa Termakbul, Gembira Lihat Penduduk Gaza Dikurniakan Makanan

Artikel Berkaitan: “Rancang Balik Diam-Diam, Tapi Akhirnya Disambut Luar Biasa” – Musa Nuwayri

Scroll to Top