Harvey Norman perkenal tilam Hilker Titanium ComfortCore V-Series Mattress

Harvey Norman perkenal tilam Hilker Titanium ComfortCore V-Series Mattress

Kuala Lumpur: Harvey Norman memperkenalkan tilam Hilker Titanium ComfortCore V-Series Mattress di cawangan utamanya di Mid Valley dengan mengetengahkan teknologi kejuruteraan tidur dari Jerman ke pasaran tempatan.

Ketua Pegawai Operasi Harvey Norman Malaysia, Jonathan Toh berkata, pelancaran eksklusif itu menandakan kerjasama runcit antara Harvey Norman dan jenama Hilker, dengan fokus kepada inovasi, keselesaan serta ketahanan jangka panjang dalam segmen kelengkapan bilik tidur.

Katanya, pelancaran itu bukan sekadar memperkenalkan produk baharu tetapi mencerminkan komitmen syarikat dalam membawa teknologi tidur moden ke pasaran Malaysia.

“Tilam V-Series menggabungkan sains tidur, kejuruteraan dan inovasi terkini bagi memberikan sokongan optimum, keseimbangan serta keselesaan bertaraf dunia.

“Produk ini bukan direka untuk kegunaan jangka pendek, sebaliknya dibangunkan bagi ketahanan dan prestasi konsisten untuk tempoh bertahun-tahun,” katanya pada majlis pelancaran Hilker Titanium ComfortCore V-Series Mattress di sini, semalam.

Majlis pelancaran disempurnakan Jonathan bersama pemilik jenama Hilker, Ernst Hilker.

Pada majlis sama, Hilker turut menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records bagi kategori Most Titanium Alloy Pocket Springs in a Mattress (2026), sekali gus mencatat sejarah baharu dalam industri tilam.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top