Selepas berdepan penceraian buat kali kedua, usahawan dan personaliti media sosial, Siti Jamumall mendedahkan dia sudah tidak mempunyai sebarang niat untuk kembali kepada bekas suaminya, Aiman Tak Kesah.
Menurut laporan mStar, Siti atau nama sebenar Siti Suriani Wahiddin menyatakan bahawa dia kini lebih fokus untuk membina semula kehidupannya bersama anak-anak.
Saya cari diri yang dah lama hilang… sampai bila nak murungkan diri. Anak-anak perlukan saya.
“Tak ada lagi peluang untuk kembali…” – Siti Jamumall

Dalam kenyataannya, Siti mengakui kini sedang menunggu tarikh keputusan mahkamah bagi pengesahan penceraian, namun tidak pasti sama ada talak yang dijatuhkan adalah dua atau tiga.
Untuk kembali bersama Aiman… mungkin tidak rasanya. Buat masa sekarang ni lebih baik fokus kepada diri dan anak-anak.
Aiman buat haluan sendiri

Menurut Siti lagi, sepanjang krisis rumah tangga mereka, tiada sebarang usaha daripada pihak Aiman untuk memperbaiki hubungan, malah masing-masing kini lebih selesa membawa haluan sendiri.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.