“Hati Rasa Hancur” – Thanuja Sedih Tengok Haiwan Dikorban Pada Aidiladha

“Hati Rasa Hancur” – Thanuja Sedih Tengok Haiwan Dikorban Pada Aidiladha

Pelakon dan model Thanuja mengakui emosinya terkesan apabila melihat haiwan dikorbankan setiap kali Hari Raya Aidiladha namun dia menghormati perayaan umat Islam.

Menerusi hantaran di Threads, Thanuja berkata hatinya rasa hancur lebih-lebih lagi apabila melihat ada video memaparkan haiwan korban dilihat menangis.

BACA: Misi Ibadah Korban Dijalankan Serentak Di Tiga Buah Negara Oleh Aman Palestin

“Saya faham ini adalah satu perayaan dan saya tak berniat nak kurang ajar, tapi saya tidak dapat tahan rasa sedih kepada lembu dan kambing. Setiap tahun bila tiba Aidiladha, saya rasa sangat sedih melihat lembu dan kambing disembelih.

“Bila tengok video mereka, terutamanya bila mereka menangis, hati saya rasa hancur tengok mata mereka. Saya rasa kasihan sangat pada mereka,” katanya.

 Sementara itu, Thanuja berkata dia terpaksa berhenti melihat media sosial kerana tidak sanggup melihat banyak video korban yang disiarkan oleh netizen.

Diruangan komen, rata-rata netizen memberi penjelasan mengenai ibadah korban dimana ianya dibuat bagi mendekatkan diri kepada Allah yang memerintahkan ibadah tersebut.

 

Melihatkan penjelasan netizen mengenai ibadah korban, Thanuja mengucapkan terima kasih dan dia menghargai serta menghormati sentimen mereka.

“Terima kasih kepada semua saudara Muslim saya di sini yang meluangkan masa untuk bersikap baik dan sabar dengan apa yang saya rasa hari ini.

“Anda semua sangat sabar menerangkan dan mendidik saya dari pelbagai sudut pandangan. Saya sangat menghargai dan menghormati sentimen anda. Terima kasih, semua. Hanya kasih sayang dan niat yang baik selalu,” katanya.


Scroll to Top