Hayati makna peristiwa Israk Mikraj – PM

Hayati makna peristiwa Israk Mikraj – PM

illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak umat Islam untuk menghayati makna dan roh di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj.

Perdana Menteri berkata, penghayatan terhadap peristiwa Israk dan Mikraj mudah-mudahan mampu menjadikan umat Islam sentiasa berlumba melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

“Kepada semua muslimin dan muslimat, marilah sama-sama kita menghayati makna dan roh di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj agar kita semua diberkati dan dirahmati Allah dunia dan akhirat,” katanya di laman Facebook rasminya, malam ini.

Muhyiddin berkata pada setiap 27 Rejab, umat Islam biasanya akan meraikan sambutan ini dengan pelbagai acara seperti ceramah, forum perdana, takzirah dan sebagainya.

“Situasi semasa COVID-19 menyaksikan sambutan ini terpaksa diraikan dalam suasana norma baharu dan bersederhana.

“Namun, saya percaya peristiwa besar perjalanan penuh mukjizat Rasulullah SAW ini dapat dihayati sebaik-baiknya oleh seluruh umat,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top