Setiap tahun, Watsons tak pernah gagal untuk hasilkan iklan raya yang sangat best! Kalau korang ingat lagi tahun lepas, iklan mereka sangat sedih di mana Ayda dipulau oleh ahli keluarga sendiri sebab nak dapatkan raya yang bermakna.
Untuk tahun ini pula, kami yakin korang pasti tak akan kering gusi sebab iklan raya Watsons tahun ni memang kelakar, siap ada kemunculan pelakon daripada filem popular seperti Adnan Sempit, Mami Jarum dan Gerak Khas!
Tak percaya? Meh sini korang tengok iklan raya Watsons sama-sama!
Fuhhh, siapa sangka Watsons akan bawa 3 pelakon OG iaitu Dato’ Yusof, Haslam, Kartina Aziz dan Shahiezy Sam untuk berlakon dalam iklan raya tahun ni betul tak?
Kolaborasi mantap antara 3 pelakon OG dan Watsons ini memang akan membuatkan korang gelak tak berhenti sebab pelakon-pelakon ini memang membawa watak yang lebih kurang sama dalam filem popular mereka iaitu Gerak Khas, Mami Jarum dan Adnan Sempit!
Bukan itu saja, iklan Raya Watsons kali ini juga ada barisan pelakon mantap yang lain seperti Maya Karin, Mia Sara Shauki, Ropie, Hisham Hamid dan Ayda Jebat. Wow!
Chop, chop, chop! Korang masih rasa belum cukup dengan gelagat 3 pelakon OG ini? Jangan risau, ni kami kepilkan beberapa babak BONUS yang akan membuatkan korang bertambah lagi penat untuk gelak!
Sempit Sempat Makan
Tak Kira Taste Atas, Bawah, Kiri Atau Kanan
Jangan Toleh Ramli
Yang Berjiwa Art Berat Je Boleh Nampak Diskaun Raya Watsons Macam Ropie
Lebaran Lebih Bermakna Dengan Watsons, Nikmati Promosi Hebat & Hadiah Lumayan!
Dah jadi sebahagian daripada acara tahunan, Watsons memang wajib akan bagi korang pelbagai promosi hebat serta hadiah lumayan menjelang Lebaran nanti!
Sejujurnya, kalau tanya kami, tahun ini Watsons memang nak jadikan Raya korang Raya Terunggul dengan menawarkan pelbagai promosi hebat dan hadiah paling berbaloi, yang korang sendiri akan teruja tau!
Kalau korang nak tahu, meh sini meh kami kongsikan!
Diskaun 60% Untuk Item Kedua Pembelian

Macam biasa, salah satu promosi hebat yang Watsons nak bagi dekat korang setiap kali menjelang Lebaran adalah diskaun sebanyak 60% untuk item kedua pembelian. Berbaloi kan? Boleh korang borong macam-macam barangan!
Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang tawaran ini, korang klik DI SINI.
Menang Hadiah Terunggul Melebihi RM3,888,888 Serta Barangan Percuma!

Memang betul Terunggul lah! Tahun ini Watsons bukan nak hadiahkan satu, tapi TIGA kereta dan sebuah motosikal jenama tempatan yang nilainya sangat lumayan tau! Bestnya, sambut raya dengan kereta baru!
Tapi, sebelum kami kongsi lebih lanjut, nak tanya korang lah ya, korang dah jadi ahli Watsons Club ke belum? Kalau belum, CEPAT jadi sekarang sebab semua hadiah ini hanya untuk ahli Watsons Club saja tau.
Untuk hadiah Terunggul, korang akan berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM3,888,888 termasuk sebuah kereta Proton eMas 7. Fulamak, menang kereta EV pertama buatan Malaysia guys!
Bukan itu saja, ahli Watsons Club juga berpeluang untuk memenangi hadiah lumayan yang lain antaranya seperti:
Hadiah Pertama: Motosikal Modenas (10 pemenang)
Hadiah Utama: Proton Persona (seorang pemenang)
Hadiah Utama: Proton Saga (seorang pemenang)
Hadiah Kedua: Emas Tulen 1gram (100 pemenang)
Hadiah Ketiga: Watsons e-baucar bernilai RM50 (1,000 pemenang)
Amboi, amboi, amboi Watsons tahun ni memang betul manjakan korang dengan hadiah-hadiah lumayan ya! Nak menang hadiah ni pun senang kacang saja guys, ikut saja langkah di bawah:
Langkah 1: Jadi ahli Watsons Club
Langkah 2: Belanja minimum RM50 ke atas di kedai atau dalam talian
Langkah 3: Bayar menggunakan kad debit atau kad kredit Visa
Senang saja kan? Jadi, tunggu apa lagi, cepat jadi ahli Watsons Club sekarang!
Berbaloi Jadi Ahli Watsons Club, Macam-Macam Lagi Hadiah Untuk Dimenangi Dengan Give With Purchase!

Tapi, kalau korang rasa korang tak ada peluang untuk menang semua hadiah lumayan ini, jangan risau, hadiah-hadiah yang lain pun boleh tahan juga tau! TAPI, korang kena jadi ahli Watsons Club dulu kalau nak menang hadiah-hadiah ini:
- GAABOR Iron Steamer dengan pembelian RM380 dan ke atas di kedai atau dalam talian
- Sampul Raya dengan pembelian RM80 dan ke atas di kedai atau dalam talian
- Pouch dengan pembelian RM120 dan ke atas di kedai atau dalam talian
- Fika Jar dengan pembelian RM180 dan ke atas di kedai dalam talian
*tertakluk pada terma dan syarat
*pilihan warna adalah secara rawak
*sementara stok masih ada
*hanya untuk ahli Watsons Club
Banyakkan hadiah yang Watsons nak bagi tahun ini untuk pastikan Raya Terunggul khas buat korang? Haa, tunggu apa lagi, jom jadi ahli Watsons Club sekarang juga!
Maklumat lebih lanjut tentang promosi dan tawaran, layari laman web rasmi Watsons, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.