Baru-baru ini, dunia fesyen tempatan dikejutkan dengan dakwaan pempengaruh terkenal, Tyra Kamaruzzaman terhadap jenama popular Elrah Exclusive.
Dakwa Tyra, rekaan keris pada kain samping Elrah ditiru daripada rekaan milik keluarga suaminya. Namun, pemilik Elrah Exclusive, El Azman menafikan dakwaan tersebut menyatakan keris adalah warisan budaya bukan hak ekslusif individu.
BACA: Elrah Exclusive Akhirnya Jawab Dakwaan Plagiat Rekaan Samping Keris 1890
Kenyataan yang dimuat naik El Azman di Instagram itu mendapat sokongan daripada para pengikutnya termasuk rakan-rakan selebriti.
Komen Asyraf Khalid tarik perhatian
Namun yang lebih mengejutkan adalah komen yang ditinggalkan anak tiri Datuk Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid.

Menurut seorang netizen, komen Asyraf itu seakan-akan menyokong El Azman dan menimbulkan persoalan terhadap kenyataan Tyra.

Kenyataan itu terus menjadi buah mulut netizen yang rata-ratanya terkejut melihat Asyraf memberi komen sebegitu kerana sebelum ini, hubungan Tyra dengan keluarga beliau dilihat agak rapat.
Ada juga yang mempertikaikan tindakan Asyraf kerana terlibat dalam isu ini, lebih-lebih lagi kerana hubungan peribadinya dengan Tyra.

Netizen juga meluahkan rasa kecewa dengan pendapat Asyraf yang didakwa tidak profesional dan tidak memahami isu utama.