Kegembiraan lebih 300 jemaah umrah bertukar kecewa selepas mereka gagal diterbangkan ke Tanah Suci seperti dijanjikan oleh Hejira Travel & Tours Holding Sdn Bhd.
BACA: Mak Cik Ikat Perut 15 Tahun Demi Tunaikan Umrah, Tapi Ditipu Hingga Rugi RM33,000!
Situasi ini mengecewakan ramai pihak, apatah lagi persiapan untuk menunaikan ibadah telah lama dilakukan.
Tawaran penyelesaian dari Hejira Travel
Susulan kekecohan, Pengarah Urusan Hejira Travel, Mohd Syahril Alias, dalam satu sidang media tampil memohon maaf dan mengakui kesilapan pihak mereka.
Jelasnya, dia tidak bersembunyi tetapi berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik. Jelasnya lagi, dia sudah berusaha sedaya upaya untuk menerbangkan jemaah namun terdapat halangan.
Bagi menyelesaikan isu ini, Mohd Syahril mengumumkan tiga langkah penyelesaian iaitu yang pertama, pemulangan wang penuh kepada jemaah yang terkesan. Penyelesaian kedua, penjadualan semula penerbangan bagi mereka yang masih ingin menunaikan umrah.
Dan yang terakhir, bantuan kewangan RM5,000 untuk kos penginapan sementara jemaah terkandas.
Jelasnya, langkah-langkah ini akan dilaksanakan sebaik sahaja jemaah menandatangani surat aku janji, dengan proses pemulangan wang dijangka selesai dalam tempoh dua hingga tiga minggu.
Penjelasan daripada pengarah syarikat
Saya memohon jutaan kemaafan dari hati yang tulus kepada tuan puan. Saya juga berterima kasih kepada mereka yang memilih Hejira Travel. Diharapkan semua jemaah dapat beribadah selepas ini dengan tenang walaupun bukan bersama syarikat kami.
Syarikat juga berjanji akan memperbaiki pengurusan mereka untuk mengelakkan insiden seperti ini berulang pada masa hadapan.
#OhmediaNasihat
Sebagai pengguna, kita perlu lebih berhati-hati dalam memilih agensi umrah. Pastikan syarikat yang dipilih mempunyai rekod yang baik dan perancangan teliti. Apa pun cabaran, kekalkan sabar dan utamakan komunikasi untuk mencapai penyelesaian terbaik.





