Trending
Helikopter PDRM terhempas ke dalam Sungai Pulai ketika latihan MITSATOM 2025. Semua kru terselamat.
Sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan terhempas berhampiran Sungai Pulai, Gelang Patah, Johor pada pagi tadi semasa menjalankan latihan Field Training Exercise (FTX) untuk Multilateral Nuclear Security Detection Exercise MITSATOM 2025 yang melibatkan Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura.
Menurut laporan Kosmo, insiden berlaku sekitar pukul 10.15 pagi berhampiran jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jalan Cabang, Pekajang.
Helikopter terhempas, lima anggota polis terselamat

Dalam kejadian itu, lima kru helikopter termasuk juruterbang terselamat selepas diselamatkan oleh Pasukan Polis Marin yang segera ke lokasi kejadian dan membawa mereka ke jeti APMM.
Helikopter jenis AS355N dengan nombor pendaftaran 9M-PHG itu dilaporkan berlepas dari Balai Polis Tanjung Kupang pada jam 9.51 pagi sebelum terhempas kurang sejam kemudian.
CAAM dan Kementerian Pengangkutan ambil tindakan

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan insiden tersebut dan menyatakan bahawa kesemua mangsa telah dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Siasatan menyeluruh akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016.
Pssttt! Syukur tiada korban jiwa, namun insiden ini mengingatkan kita bahawa latihan keselamatan juga bukan tanpa risiko. Doakan keselamatan anggota keselamatan kita yang berkorban demi negara.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.