Heliza Helmi berbadan dua? Peminat dakwa nampak ‘baby bump’

Posting terbaru Datin Seri Heliza Helmi bersama suaminya di laman Instagram mencuri tumpuan apabila netizen mendakwa penyanyi dan aktivis kemanusiaan itu sedang berbadan dua.

Menerusi video dikongsi, penyanyi berusia 36 tahun itu dan suaminya Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman dilihat sedang menjalani penggambaran fotografi untuk sebuah produk.

Namun begitu, lain pula yang menjadi perhatian pengikut apabila terdapat segelintir mengatakan mereka ternampak ‘baby bump’ pada perut penyanyi lagu Ayat Cinta Dari Tuhan itu.

Bagaimanapun, setakat ini pasangan tersebut belum memberikan sebarang komen berhubung dakwaan bakal menimang cahaya mata pertama itu.

Heliza atau nama penuhnya Nur Heliza Helmi selamat bernikah dengan Mahadi yang juga seorang ahli perniagaan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada 1 Januari lalu.

Sekiranya benar dia sedang hamil, tahniah diucapkan! Namun jika sebaliknya, moga pasangan berkenaan dikurniakan rezeki zuriat pada satu hari nanti.

Sumber: Instagram Heliza Helmi