BEKAS Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Mahdzir Khalid meminta menghentikan perbuatan menyalahkan pihak lain berhubung isu tunggakan gaji pemain pasukan bola sepak Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dihentikan segera.
Menurut beliau, isu melibatkan gaji itu perlu diselesaikan meskipun KFA merupakan satu entiti, manakala KDA FC pula satu entiti lain.
“Tak payah ‘blame game’… tuding orang itu (ataupun) orang ini.
“Jadi, bertanggungjawablah. Siapa-siapa yang ada di situ, sebagai ketua (maka) ambillah tanggungjawab. Jikalau, dia ketua kerajaan dia ambil tanggungjawab,” katanya ketika diminta mengulas isu tunggakan gaji KDA FC.