Baru-baru ini, suami kepada Hannah Delisha iaitu Imam Shah telah membuat satu hantaran di Instagramnya selepas selama 4 tahun tidak berkongsi apa-apa gambar dan video.
Imam telah memuat naik beberpa gambar bersama isterinya sewaktu dia menghadiri majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH36).
Perkongsian terakhir Imam di Instagramnya pada 4 tahun lalu adalah gambar untuk mempromosikan satu drama yang dilakonkan bersama isterinya.
Menjengah ke ruangan komen ramai peminat yang memberi respon “welcome baack” memandangkan dia sudah lama tidak muncul di media sosial.
Apa yang menarik perhatian, apabila isterinya juga meningglkan komen guraun terhadap suaminya itu.

Ramai juga warga maya yang turut mendoakan kesejahteraan pasangan tersebut dan berharap agar mereka terus bahagia.




