Oh! Tidak
Wang hibah milik isteri perlu diagihkan mengikut faraid selepas ibu bapa suami buat permohonan di mahkamah.
Tular di Facebook perkongsian Afyan Mat Rawi dari INFAQ Consultancy mengenai hibah takaful yang disangka tidak boleh dicabar di mahkamah.
Jelasnya, walaupun ada penama hibah dalam polisi takaful yang diambil, waris yang lain tetap boleh mencabarnya secara perundangan.
Arwah suami meninggalkan hibah RM1 juta kepada isteri dan anak-anak
Beliau berkongsi satu kes yang mencuri perhatiannya baru-baru ini apabila seorang peserta takaful meninggal dunia dan meninggalkan polisi bernilai RM1 juta.

Dalam polisi tersebut, arwah menamakan isterinya sebagai penerima hibah bersyarat dan syarikat takaful telah pun meluluskan tuntutan tersebut.
Syarikat takaful juga telah menyerahkan wang pampasan kepada balu si mati dalam tempoh kurang seminggu.
Hibah diluluskan, tapi kemudian dicabar di mahkamah
Siapa sangka, ibu bapa arwah suaminya kemudian memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah untuk membatalkan hibah tersebut.
Dalam keputusan Mahkamah Tinggi Syariah, hibah bersyarat itu adalah sah dan pampasan itu kekal milik balu.

Tak berhenti di situ, kes itu dibawa pula ke Mahkamah Tinggi Sivil oleh abang dan ibu arwah. Tanpa disangka, Mahkamah Sivil membuat keputusan yang bertentangan dengan Mahkamah Syariah iaitu memutuskan hibah tersebut tidak sah dari sudut undang-undang sivil dan wang pampasan itu perlu diagihkan mengikut faraid.
Menurut surat faraid, agihan pusaka adalah seperti berikut:

Paling mengejutkan, keputusan itu dibuat tanpa kehadiran balu sebagai responden. Balu tersebut dikatakan tidak tahu menahu langsung mengenai kes itu sehingga keputusan dibuat.
Situasi ini benar-benar membuka mata ramai tentang realiti hibah takaful di Malaysia. Sebagai seorang perunding kewangan Islam, Afyan Mat Rawi, berpandangan bahawa hibah takaful tidak boleh dicabar adalah tidak tepat.
Beliau menasihatkan keluarga balu tersebut untuk membuat rayuan walaupun ia melibatkan kos tinggi kerana itu saja jalan untuk menuntut keadilan.
Perkongsian penuh:


Pssttt! Baru tahu kes macam ni wujud. Hak yang sepatutnya menjadi milik isteri dan anak-anak kini perlu diagihkan mengikut faraid.
Kredit: Afyan Mat Rawi
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.