Baru-baru ini, balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Hidayah, menarik perhatian ramai apabila berkongsi sebuah video sambutan hari lahirnya di media sosial.
Video itu memaparkan Hidayah yang kelihatan ceria bersama seorang jejaka misteri yang wajahnya ditutup dengan emoji.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi di ruangan komen, di mana ramai netizen tampil mendoakan kebahagiaan Hidayah. Ada yang berharap ibu tunggal ini dipertemukan jodoh setelah lima tahun bergelar balu.
Netizen sokong dan doakan kebahagiaan Hidayah


Hidayah, yang kini berusia 33 tahun, telah banyak melalui dugaan sejak kehilangan suaminya. Rata-rata netizen menyokong jika Hidayah bertemu jodoh baru dan mendoakan yang terbaik buatnya dan anak lelaki tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, yang kini berusia 4 tahun.
Sekiranya benar dia menemui kebahagiaan baru, kami tumpang gembira. Semua orang berhak untuk bahagia.- Tulis seorang pengguna media sosial di ruangan komen.
Pemergian Abam yang masih dirasai. Al-Fatihah
Untuk info, Hidayah mendirikan rumah tangga dengan pelawak terkenal Abam Bocey pada 8 Disember 2017. Namun, kebahagiaan mereka hanya seketika apabila Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020, pada usia 32 tahun.
Pemergian tersebut menjadi satu tamparan besar buat Hidayah, namun dia tetap cekal meneruskan hidup demi anaknya.
#OhmediaNasihat
Kehidupan tidak selamanya mudah, terutamanya selepas kehilangan insan tersayang. Namun, perjalanan hidup mesti diteruskan dengan tabah. Kita semua berhak mencari kebahagiaan, sama ada dalam bentuk jodoh baru atau fokus kepada keluarga dan diri sendiri.
Sokonglah mereka yang memilih untuk bangkit selepas ujian hidup, kerana setiap orang layak mendapat peluang kedua.





