Baru-baru ini, nama Saiful Bakeri, peserta Malaysian Idol musim pertama, sekali lagi menjadi perhatian ramai.
Penyanyi ini mengejutkan ramai apabila tampil dengan imej wanita siap dengan payudara membuatkan netizen terkedu. Apa dah jadi dengan Saiful?
BACA: “Semoga Pengakhiran Baik” – Penampilan Terkini Saiful Malaysia Idol Buat Netizen Terkedu
Terbaru, Saiful ketika ditemubual mStar berkata, dia memilih untuk hidup jujur kepada dirinya sendiri dan tidak hipokrit.
Saiful tak mahu hipokrit dan menipu
Saiful berkata naluri ke arah wanita sudah lama wujud dalam dirinya. Daripada terus hidup menipu dan berpura-pura, dia memilih untuk tampil dengan identiti sebenar.

Biarlah saya berterus terang… naluri saya memang dah lama macam ini. Saya tak mahu jadi hipokrit dan menipu satu Malaysia, lambat laun orang akan tahu.
Apa yang penting, Saiful berkata dia pandai menjaga diri sendiri dan tidak menyusahkan sesiapa.
Sementara itu, memetik laporan Gempak, Saiful menerima teguran orang ramai secara terbuka asalkan tidak melampaui batas.
“Orang nampak kita jahat, tapi dalaman kita orang tak nampak”

Ada yang doa untuk saya yang baik‑baik… mungkin Insya‑Allah. Tapi yang beri kecaman melampau, bagi saya kehidupan kita ini macam roda.
Dia turut menegaskan bahawa orang luar hanya nampak luaran, sedangkan dalaman seseorang belum tentu dapat dinilai.
Orang nampak kita jahat, tapi dalaman kita orang tak nampak.
Saiful juga mengingatkan bahawa semua orang pernah berbuat silap, dan tiada siapa tahu nasib atau perubahan hari depan.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.