Hidup tak mewah macam artis lain, Ozlynn tetap syukur – “Janji makan pakai cukup”

Meskipun hanya hidup sederhana, pelakon Ozlynn tetap menzahirkan rasa syukur atas kurniaan rezeki Tuhan kepada ahli keluarganya.

Perasaannya itu diluahkan menerusi hantaran terbaru di akaun Instagram di mana dia berpendapat kebahagiaan seseorang tidak semestinya diukur dengan kemewahan dimiliki.

“Biarlah rumah aku biasa-biasa sahaja, biarlah barang rumah aku tak mewah macam korang. Biarlah pakaian anak beranak selekeh.
“Yang penting cukup makan pakai kami anak beranak, cukup untuk kami jaga mak, abah, popo, adik beradik. Yang penting bahagia,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut bersetuju dengan pendapat Ozlynn. Biarlah hidup tak mewah, asalkan makan pakai semua cukup.

Dalam pada itu, Ozlynn turut berpesan agar pengikutnya tidak perlu berpura-pura dalam kehidupan semata-mata untuk tatapan umum di Instagram. Padahal, kehidupan sebenarnya jauh berbeza dari yang ditayangkan di laman sosial.

Sumber: Instagram Ozlynn