Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie memaklumkan, dia telah kehilangan sebuah beg tangan berjenama mewah antarabangsa, Prada, pada pagi Jumaat.
Menurut Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju, beg tangan berwarna hitam itu hilang di sebuah kedai serbaneka yang terletak di Damansara Heights, Kuala Lumpur.
Tambahnya, dia akan memberikan ‘hadiah’ berupa ganjaran wang tunai sebanyak RM2,500 kepada individu yang berjaya menjumpai beg tangannya itu.
“Semalam, jam 12.20 malam, saya kehilangan bag Prada, berwarna hitam dekat KK Mart, Damansara Heights.
“Jika saya sesiapa menjumpai beg tersebut, saya akan memberikan wang ganjaran sebanyak RM2,500,” tulisnya.
Perkara itu dikongsi Anju menerusi hantaran yang dimuat naik di media sosial miliknya.