Hilang kawalan punca kemalangan maut babit pemandu treler

Hilang kawalan punca kemalangan maut babit pemandu treler

am@hmetro.com.my

Sungai Besar: Hilang kawalan dipercayai menjadi punca kemalangan maut membabitkan dua kenderaan berat di Kilometer 51 Jalan Klang-Teluk Intan, berhampiran Kampung Tebuk Marso, di sini awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Md Yusof Ahmad berkata, nahas jam 3.30 pagi itu mengorbankan pemandu treler iaitu pemandu berusia 21 tahun.

“Kejadian berlaku apabila treler yang dipandu mangsa hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang lori yang ketika itu sedang bergerak perlahan di lorong kiri.

“Impak kemalangan mengakibatkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Md Yusof berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Polis meminta kerjasama saksi supaya tampil menghubungi Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 017-6645812 bagi membantu siasatan.

Terdahulu, media melaporkan suami maut, manakala isterinya yang hamil tujuh bulan cedera dalam nahas terbabit.

Berita berkaitan:

Tak sempat timang anak sulung, suami maut, isteri hamil tujuh bulan cedera akibat kemalangan

Nahas 2 treler: Suami maut, isteri hamil 7 bulan cedera

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top