“Hilang Teman Baik Dalam Perkahwinan Adalah Titik Terendah” – Diana Danielle | Trending – Oh! Media

“Hilang Teman Baik Dalam Perkahwinan Adalah Titik Terendah” – Diana Danielle | Trending – Oh! Media

Pelakon cantik, Diana Danielle tampil berkongsi sisi peribadinya yang jarang diketahui ramai menerusi podcast Confession Bilik Gelap bersama Sudyr Tahir.

Namun menariknya, Diana tidak melihat perceraian dengan Farid Kamil sebagai detik paling sukar dalam hidupnya, sebaliknya yang lebih menyakitkan adalah kehilangan ‘teman baik’ dalam perkahwinan mereka.

Kehilangan rumah tangga bukan titik terendah tetapi kehilangan teman baik dalam perkahwinan adalah titik terendah dalam hidup saya.

Tidak ada kesefahaman lagi

Diana mengakui pada satu ketika, hubungan mereka sudah tidak lagi sehaluan. Malah, dia sendiri pernah berada dalam fasa kekeliruan tentang apa yang diinginkan dalam hidup.

Awak dah tak faham saya, dan saya pun tak faham awak… itu yang paling perit. Tapi akhirnya kita sedar, kita bukan untuk satu sama lain.

Sangat heartbreaking bila kita dah tak sehaluan dah. We are not in the same page anymore.

Netizen berpendapat ‘teman baik’ Diana Danielle itu Farid Kamil?

Farid Kamil

Walaupun Diana tidak menyebut nama secara langsung, ramai netizen mengaitkan luahan tersebut dengan bekas suaminya, Farid Kamil.

Untuk rekod, pasangan itu berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

Hubungan mereka beberapa kali diuji dan akhirnya berakhir dengan penceraian kali kedua pada 24 Mac 2024, selepas percubaan rujuk dalam tempoh idah sebelum ini tidak berhasil.

Pssttt! Kadang-kadang, kehilangan paling pedih bukanlah perpisahan semata-mata, tapi bila seseorang yang dulu rapat jadi asing. Hargai orang yang memahami sebelum semuanya tinggal kenangan.

Kredit: Tiktok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top