Himpunan GARAH: Keputusan larang perhimpunan atas risikan keselamatan -Ketua Polis KL

Himpunan GARAH: Keputusan larang perhimpunan atas risikan keselamatan -Ketua Polis KL

Keputusan untuk melarang perhimpunan Gerakan Anti Rumah Ibadat Haram (GARAH) dibuat selepas pertimbangan menyeluruh berdasarkan risikan keselamatan yang dijalankan pihak polis, termasuk memastikan kestabilan negara dan keselamatan awam, terutama ketika Malaysia menerima tetamu negara.

Himpunan GARAH sudah diberi amaran untuk tak teruskan

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus menegaskan polis memberi amaran tegas supaya mana-mana pihak tidak meneruskan perhimpunan yang menyentuh isu sensitif seperti agama dan kaum kerana ia berpotensi mencetuskan ketegangan.

“Antara pertimbangan utama ialah memastikan keadaan negara kekal stabil dan keselamatan awam sentiasa terpelihara,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

GARAH

Keselamatan dan kesejahteraan tanggungjawab bersama

Dalam pada itu, Fadil menjelaskan sebarang pandangan atau cadangan berkaitan pembinaan rumah ibadat perlu disalurkan melalui saluran sah dan mengikut undang-undang, bukannya melalui perhimpunan jalanan.

Polis turut mengesahkan beberapa tangkapan dibuat berkaitan kes hasutan di media sosial, termasuk TikTok, di bawah Seksyen 41 Kanun Keseksaan.

Larangan perhimpunan ini turut mengambil kira maklum balas daripada pihak premis sekitar lokasi, seperti Kompleks Sogo dan Pertama Kompleks, yang bimbang terhadap keselamatan pelanggan dan orang awam.

“Keselamatan dan kesejahteraan negara adalah tanggungjawab bersama, bukan hanya terletak di bahu pihak penguat kuasa,”
tegasnya, menekankan kepentingan menjaga keharmonian masyarakat.

Terdahulu, Polis mengesahkan penahanan penyelaras himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth, bersama beberapa individu lain di sekitar pusat beli-belah Sogo semalam.

Artikel lain: Himpunan GARAH: Sah! Zamri Vinoth, beberapa individu lain ditahan – Ketua Polis KL

Difahamkan, Zamri antara individu yang ditahan berhubung himpunan yang dijadual berlangsung pada jam 8 malam tadi.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Aminuraliff Moh Zoki)

Scroll to Top