Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh memaklumkan bahawa pergerakan Pemuda UMNO ingin menawarkan perkhidmatan perguam kepada mereka yang didakwa dalam Himpunan Gerakan Anti Rumah Ibadat Haram (GARAH).

Pemuda UMNO tawar khidmat peguam
Menerusi kenyataan yang dibuat di Facebook, Akmal menegaskan bahawa rakyat Malaysia mempunyai hak untuk berhimpun secara aman dimana ia telah dijamin oleh perlembagaan.
Ujarnya, beberapa rakyat Malaysia telah ditahan dan bakal didakwa pada bulan hadapan susulan terlibat dalam himpunan GARAH semalam di hadapan Sogo, Kuala Lumpur.
“Kami difahamkan beberapa orang rakyat Malaysia telah ditahan malam semalam semasa berlangsungnya himpunan aman di hadapan sogo
Dan mereka ini akan didakwa di mahkamah pada bulan hadapan
Sehubungan dengan itu, pergerakan pemuda UMNO Malaysia ingin menawarkan perkhidmatan peguam pemuda UMNO secara percuma bagi mereka yang akan didakwa atas himpunan ini,” ujarnya.
Pemuda UMNO tegaskan hak rakyat untuk berhimpun
Jelas Akmal lagi, hak untuk rakyat berhimpun seharusnya dipertahankan dan bukan sebaliknya.
Beliau turut menyatakan bahawa individu yang patut ditahan adalah mereka yang menceroboh tanah, bukannya mempertahankan pencerobohan.
“Seperti mana pihak pembangkang sebelum ini menuntut hak rakyat untuk berhimpun, sepatutnya hak itu perlu dipertahankan juga ketika mereka menerajui kerajaan pada hari ini,dan bukan dengan menakutkan rakyat dengan kuasa yang ada pada kamu!
Sepatutnya tahan orang yang menceroboh tanah,bukan tahan orang yang mempertahankan pencerobohan,” katanya lagi.

Terdahulu, Polis mengesahkan penahanan penyelaras himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth, bersama beberapa individu lain di sekitar pusat beli-belah Sogo semalam.

Artikel lain: Himpunan GARAH: Keputusan larang perhimpunan atas risikan keselamatan -Ketua Polis KL
Difahamkan, Zamri antara individu yang ditahan berhubung himpunan yang dijadual berlangsung pada jam 8 malam tadi.
Sumber: Facebook Akmal Saleh




