Hina Mangsa Kemalangan UPSI, Cikgu Ini Akhirnya Mohon Maaf | Trending – Oh! Media

Hina Mangsa Kemalangan UPSI, Cikgu Ini Akhirnya Mohon Maaf | Trending – Oh! Media

Trending

Cikgu tampil mohon maaf secara terbuka selepas dikecam hina pelajar UPSI maut kemalangan.


Kecoh diperkatakan hari ini mengenai seorang guru yang didakwa menghina kematian 15 pelajar UPSI.

Lelaki itu didapati mengeluarkan kenyataan keterlaluan mendakwa pelajar UPSI meninggal dunia dalam keadaan hina kerana berhutang dengan PTPTN.

BACA: “Parah Merapu!” – Guru Hina Kematian Pelajar UPSI Didakwa Alami Masalah Mental

Selepas menerima kecaman hebat dari pelbagai pihak, individu bernama Khalid Yunus akhirnya tampil membuat permohonan maaf terbuka.

“Saya mohon maaf”

Cikgu

Dalam satu hantaran ringkas di Facebook, Khalid memohon maaf atas tindakannya dan turut mendoakan agar semua mangsa tragedi tersebut ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Di sini, saya ingin memohon maaf terhadap insiden yg berlaku kepada pelajar UPSI.
Semoga mereka di tempat bersama orang-orang yang beriman dan mendapat Husnul Khotimah.

Walaupun permohonan maaf itu telah dibuat, rata-rata warganet dilihat masih tidak berpuas hati. Jelas netizen, dia sebagai pendidik tidak menunjukkan teladan yang wajar.

Kenyataan undang kontroversi

Cikgu

Bukan setakat menghina mangsa je, cikgu itu juga dikatakan menggunakan bahasa kesat dan tidak beradab.

Khalid mendakwa mangsa tidak layak ke syurga kerana berhutang PTPTN, selain mempermainkan akronim UPSI dan mendoakan perkara tidak baik.

Lebih membimbangkan, pendedahan bahawa Khalid mengalami masalah skizofrenia turut membangkitkan persoalan mengenai kelayakannya untuk terus berada di institusi pendidikan.

Pssttt! Hati-hatilah sebelum menulis dan sentiasa utamakan empati serta sensitiviti terhadap orang lain. Bila dah viral, tahu pula minta maaf.

Kredit: Facebook Khalid Yunus
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top