Hisap rokok di kedai makan, lelaki berbaju hijau mengamuk ditegur orang muda

Hisap rokok di kedai makan, lelaki berbaju hijau mengamuk ditegur orang muda

Sejak semalam tular di media sosial satu video seorang pemuda dimarahi seorang lelaki kerana tidak terima ditegur menghisap rokok.

Menerusi video yang dikongsi pengguna Twitter dikenali sebagai @bckupacc99, lelaki memakai baju berwarna hijau itu seolah-olah tidak berpuas hati dan mempersoalkan jawatan pemuda tersebut yang menegurnya ketika berada di kedai makan.

Lelaki pertengahan usia itu juga mengatakan yang pekerja serta pemilik kedai makan itu juga tidak berani menegurnya. Pemuda berkenaan yang mempertahankan tindakan menegur lelaki itu menyuarakan rasa kurang senang kerana dia juga menjamu selera disitu dan terganggu dengan bau asap rokok tersebut.

Menerusi video yang dikongsi itu lagi, jelas kelihatan yang pihak kedai makan menampal pelekat larangan merokok di meja makan.

Susulan daripada video tersebut, ramai yang menyokong tindakan pemuda berkenaan kerana berani menegur lelaki yang terang-terang melanggar arahan kedai makan itu.

Mereka juga merasakan lelaki berbaju hijau itu berlebihan dan tidak terima apabila ditegur melakukan kesalahan serta mengganggu orang lain yang sedang makan disitu.

Laman Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga sudah mengambil maklum berkenaan video terbabit dan mengucapkan terima kasih kepada pihak pemuda terbabit kerana berani menegur kesalahan orang lain walaupun dibantah oleh pelaku.

Sumber: Twitter @bckupacc99, @KKMPutrajaya

Scroll to Top