Pelakon versatile, Hisyam Hamid mengaku dia bukanlah seorang yang suka membazir masa terutamanya mengenai soal jodoh.
Katanya menerusi sesi podcast yang di hoskan pelakon jelita, Amelia Henderson, jika dalam sesebuah perhubungan itu wujud perasaan suka sama suka, serius dan ikhlas, maka perkahwinan adalah jawapannya.
Menurut teraju filem Memori itu, dia bukanlah seorang yang suka membazir masa fokus pada satu bend sahaja.
“Pada saya kalau macam relationship itu suka sama suka, serius, ikhlas, dah la apa lagi…just kahwin dan kita teruskan hidup sama-sama.
“Build our life together. I don’t like to waste time, it is life is short.
“Jadi, banyak lagi benda penting yang kita kena fokus daripada benda macam ni. Nak bercinta lama-lama kalau suka, kahwin then, lets go.
“Put you heart and soul into it,” katanya.
Sekadar info, Hisyam pernah mendirikan rumah tangga bersama Rosmawati Hanafi pada tahun 2006 sebelum berpisah pada Mei 2024.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 18, dan Haydeen, 16.




