Hizbullah bedil markas tentera Zionis

Hizbullah bedil markas tentera Zionis
Hizbullah bedil markas tentera Zionis

Serangan itu dilancarkan berhampiran Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv. Foto Agensi

BEIRUT – Pejuang Hizbullah melancarkan misil canggih ke atas pangkalan tentera Tzrifin berhampiran Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv pada Rabu.

Al Jazeera melaporkan roket turut dilancarkan terhadap penempatan haram komuniti Yahudi, Kfar Szold dan pangkalan tentera Rawiya di Bukit Golan yang diduduki rejim Zionis.

Pejuang Hizbulah juga menyasarkan kereta kebal Merkava di penempatan haram Metula dengan peluru berpandu yang mencederakan musuh.

Serangan balas itu dilancarkan sehari selepas Zionis membedil bandar Barja hingga mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang awam.

Kempen pengeboman ganas turut dilaporkan di bandar Jiyeh, selatan Beirut yang menyasarkan sebuah pangsapuri dihuni pejuang Hizbullah. – Agensi

Scroll to Top