Hizbullah dakwa serang kapal perang Israel dengan peluru berpandu

Hizbullah dakwa serang kapal perang Israel dengan peluru berpandu

Beirut: Hizbullah pada awal Ahad menyatakan ia telah menyasarkan sebuah kapal perang Israel di perairan Lubnan menggunakan peluru berpandu krus, sambil mendakwa serangan itu disahkan tepat mengenai sasaran, lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan, kumpulan itu memaklumkan bahawa serangan berkenaan berlaku pada tengah malam, menyasarkan kapal berkenaan kira-kira 68 batu nautika di luar pantai Lubnan selepas pemantauan selama beberapa jam.

Kumpulan itu menyatakan kapal berkenaan sedang bersiap sedia untuk melancarkan serangan ke atas wilayah Lubnan, sambil menambah bahawa serangan itu dilaksanakan sebagai tindak balas terhadap serangan udara berterusan Israel ke atas bandar dan kampung di Lubnan, selain kemusnahan infrastruktur serta pemindahan paksa orang awam.

Insiden itu berlaku ketika permusuhan rentas sempadan yang berterusan antara Israel dan Hizbullah semakin memuncak sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dengan serangan udara Israel semakin meningkat di selatan Lubnan, wilayah Bekaa dan pinggir bandar selatan Beirut.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top