HM rangkul lima lagi anugerah di HKM-MPI Petronas 2024

HM rangkul lima lagi anugerah di HKM-MPI Petronas 2024

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Selain merangkul Hadiah Kajai, Harian Metro turut memenangi lima lagi anugerah pada Malam Wartawan Malaysia 2025 dan Hadiah Kewartawanan Malaysia (HKM) MPI-Petronas 2024, malam ini.

Anugerah yang diterima adalah kategori Infografik Terbaik, Reka Letak Halaman Terbaik, Kategori Penulisan Kolum Terbaik, Kategori Laporan Berita Terbaik, Berita Video Terbaik.

Ketua Penyunting Harian Metro, C Ramasamy memenangi anugerah emas menerusi Penulisan Kolum Terbaik bertajuk Maafkan Saya Zulfarhan! dengan membawa pulang wang tunai RM10,000, trofi dan sijil.

Infografik terbaik yang dihasilkan Zul Fadhli Kamaruddin, Nor Salim Mohamed Dawam dan Muhd Ferzalfie Muhamad Fauziyang bertajuk Wx-R Vorteq Jentera Emas Olimpik memenangi pingat Perak bagi Kategori Infografik.

Kategori Reka Letak Halaman Terbaik disandang Khairil Shahriman Maarup menerusi Wajah Tanpa Kelibat yang turut memenangi pingat Perak.

Wartawan Harian Metro, Noor Hidayah Tanzizi turut memenangi Perak bagi kategori Laporan Berita Terbaik menerusi artikel Ayah Kami Uncle Mike.

Pengarang Berita Harian Metro, Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan wartawan, Asrizal Aris memenangi pingat pPrak menerusi kategori Berita Video Terbaik bertajuk Sindiket Minyak Paket ‘Kenyang’, Marhaen Merana.

Pemenang pingat Perak membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 dan sijil.

Ā© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top