Honda sertai kelab Lithuania

KUALA LUMPUR – Bekas pemain kebangsaan Jepun, Keisuke Honda sah menyertai kelab divisyen 1 Lithuania, FK Suduva.

Pengumuman rasmi itu dibuat di laman YouTube miliknya, baru-baru ini.

Honda yang kini berusia 35 tahun sebelum itu berstatus ejen bebas selepas meninggalkan kelab Azerbaijan, Neftci Baku pada bulan Jun lalu dengan kontrak selama dua bulan sahaja.

Dia juga sempat menyertai kelab Liga Portugal, Portimonense SC selama lima hari sebelum kelab itu mengambil keputusan untuk menamatkan kontraknya kerana mempunyai masalah untuk mendaftar pemain itu.

FK Suduva merupakan kelab yang ke-11 disertai oleh Honda dalam karier bola sepaknya selepas Nagoya Grampus, Botafogo FC, Portimonense SC, Vitesse, VVV-Venlo, CSKA Moscow, AC Milan, CF Pachuca dan Melbourne Victory.

Walaupun karier bola sepak menghampiri penghujungnya, namun Honda juga mempunyai kerja kedua sebagai Pengurus skuad kebangsaan Kemboja. – MalaysiaGazette

Leave a Comment